Selasa, 7 Julai 2009

Hargailah apa yang dimiliki

www.tips-fb.com


hi...salam buat semua... erm...gambar kat sebelah ni masa gie kenduri kahwin diana rafar...mak lebih bergaya dari anak...hahahh..yelah nak gie kenduri kawin artis....ermmm apa-apa pun...mak tetap vouge...

Last week, aku and family bawa mak and ayah gi hantar adik aku gi UPM...tercapai jugak citer2 dia nak sambung belajar setelah setahun dok kat umah....semalam pulak adik yang bongsu masuk poli kat merlimau...la ni sume dah settle..tinggal mak n ayah kat kg...slalunya penuh rumah, lani dah mula nak berkurangan....bak kata mak..."rasa sunyi jek umah ni"dulu ramai....jadi sesapa yang punya adik beradik ramai, jgn gaduh-gaduh...nanti bile dh mula berkurangan...rasa kerinduan...hargailah apa yang ada...

Selasa, 23 Jun 2009

Kawan lama, pentingkah dia?

www.tips-fb.com


Assalamualaikum...salam perpaduan....

hari ni xdela yang menarik sangat...cuma ada satu perkara yang ingin dikongsi bersama iaitu "kawan lama, pentingkah dia?". Bak kata member aku..kawan tu memang penting nak2 bila rasa susah...kawan jugak yang dicari..tapi bila gaduh,... gaduh ngan sapa? ngan kawan jugak..jadi dalam berkawan tak kisahlah, kawan lama or kawan baru...mesti ada bertolak ansur.. cerita pasal kawan... aku dah lama tak jumpa kawan aku ni...sibuk memanjang...x pernah ada kat malaysia..ikut bos dialah..mana lagi...asyik sms dan cal..itu pun kalau ada kat m'sia,klu kat oversea, dia jelah cal aku...tak silap aku, kali terakhir jumpa dia masa aku dalam pantang...dtg kat umah...makin kurus...ntah bile nak kawin...apa2 pun, keja dia xde sapa boleh ikut...jadi pengiring sultan pahang...apapun, wahai kawan ku "NANA" pandai-pandaila jaga diri... semoga kita berjumpa bile ko dah free..lama sgt x lepak sama-sama....

Isnin, 8 Jun 2009

Musim buah Durian

www.tips-fb.com


Minggu lepas aku and family baru jek balik kg.seronok sampai tak terhingga.apa tidaknyer makan durian tak ingat dunia.aku ngan laki aku mkn bersungguh-sungguh.lepas tu sume sakit perut.apa tidaknyer sorang aje dah 5 biji.2 sekali makan.ni 1 hari sampai 4 kali makan. well.... nak wat cmner hantu durian.ermmm maybe this week balik lagi kot...la ni durian kat grik tak gugur lagi.just wait...i'm coming...hahahahha... lagipun minggu lepas seronok coz abang aku kat JB tu balik.jadi meriah sikit...

Jumaat, 13 Mac 2009

Hujung minggu bersama keluarga tersayang...

www.tips-fb.com


Assalamualaikum...buat kawan-kawan..hujung minggu dah datang..jadi inilah masa yang terbaik untuk bersama keluarga.5 hari yang lalu ibubapa sibuk bekerja,anak2 pulak ditempatkan di pengasuh..jadi inilah masanya kite pulak nak bermain ngan anak-anak...jadi hargailah apa yang ada di depan mata.

Esok aku memang takde program.jadi dok rumahla layan anak.Suamiku pulak ada kelas.katanya sampai pukul 2 petang.tahun ni dia dah start kelas.4 sure sibuk giler..jadi kenelah pandai2 bawak diri.selalu hujung minggu selalu gie jalan2..tapi la ni kalau nak gie jalan2 kene tunggu dia habis kelas..paling lewat pun malam baru keluar..lepak kat mamak stall..hahha dah lama tak lepak kat mamak stall.ingat dulu masa belum kahwin...slalu gi mamak.ermm aku pun bukan slalu sgat nak lepak sana, but malam2 mana ada restoran nak bukak lagi (lepass kol 11 la) kalau x kat mamak je..

hujung minggu ni ada banyak kenduri kahwin..nak pergi pun takkan aku nak drive...anak aku lagi...ermm sume nak kene pikir.hari ahad ada kenduri umah uncle hakim.kenduri doa selamat..dua orang anaknya dapat 8A-PMR dan 11A1 dalam SPM.Sungguh membanggakan.ibubapa mana yang tak gembira...apa2 pun semua tu dengan keizinan Allah S.W.T.selain dari usaha dan tawakal..

Jumaat, 6 Mac 2009

ISO KPDNHEP

www.tips-fb.com

Assalamualaikum.

Hari ini pelancaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Standard MS ISO 9001:2008 yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' KSU Mohd Zain Mohd Dom. difikir-fikirkan ia memang perlu coz mampu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan agensi-agensinya dalam membekalkan perkhidmatan.Macam kat Jepun diaorang memang bagus dari segi perkhidmatan. fikir-fikirkan lah....

Khamis, 5 Mac 2009

Buat blog

www.tips-fb.com

Assalamualaikum.

malam ni aku baru buat blog..sapa lagi kalau tak adik aku yang ajar...erm bak kata suami aku..lepas ni dia pun nak buat jugak.. bukan apa bile ada blog bole jugak kongsi maklumat..kenangan..dan macam-macam.