Ahad, 16 Disember 2012

single but Not Available....

www.tips-fb.com

Kelas ko jah status... hahhaha u olls nak tahu..i la neh ada kat kg...single tau..abe takde gi penang...ada Meeting MBJ... so i ngan anak2 balik kg melakala... bukan apa takut dok umah tuh... macam2 bunyi ada... jd amik keputusan.. balik melaka..tapi dengan keizinan suami...hahhahahah... jangan mare.... pagi neh siap dah sarapan nasi grg kg ngan telur ayam kg setengah masak... alhamdulillah mak dan ayah dah sarapan...begitu juga ngan anak2... so abg jgn risau bab anak2 sayang dah uruskan sumenya.....yg lain x sure.... bangun dahla..tp diaorg neh suka mkn lambat2..... ermmm ptg sat lagi nak balik dah..tp nk kene gie shah alam dulu hantar adik yg bongsu kat UiTM... UiTM di Hatiku..... hahhaha sebut pasai UiTM teringat kisah dolu2... biarlah menjadi kenangan... kla pg neh setakat tuh jew yg dapat di syerkan.. nanti lain kali kita sambung lagi... almaklumlah lama dah citer kat sini... sibuk memanjang... entah apa yg disibukkannya.... hahhahaha k see u olls....

Rabu, 11 April 2012

www.tips-fb.com

layan.....................si budak kenit Alyaa Adelia









seronok jadi budak kecik...alangkah indahnya jika kita dapat menikmati zaman itu semula....


Ibu sayang kamu....

Jumaat, 6 April 2012

terjah.....

www.tips-fb.com

Salam... ermmm jgn terkejut dengan tajuk neh...hahahha saja wat suspen jew... hari neh lebih kurang pukul 11.50 pagi kene terjah siap dengan video kamera... 2 org sahabat kite neh tetiba suruh cakap "SELAMAT MENYAMBUT HARI PENGUATKUASA YANG KE 40 TAHUN" terkejut ingat apa hallah tadi dok terjah2... hahahhaa Apa2 pun... tak lama lagi akan tiba hari tuh.... walaupun baru 6 tahun berkhidmat sebagai Anggota Penguatkuasa KPDNKK, rasa teruja untuk menanti hari tersebut....actually sebelum masuk KPDNKK pun mmg aku dah keje Penguatkuasa...cuma berbeza majikan jew... dari segi bidang tugas lebih kurang sama...hehhehe apa2 pun keje penguatkuasa neh mmg seronok jika disekeliling kita seronok.....hahhah ayat selebihnyer kene fikir sendirila ek.....

Selasa, 3 April 2012

*suami*

www.tips-fb.com

Mana-mana lelaki yang di kahwini secara sah di kenali sebagai SUAMI. Tidak semua suami memahami jiwa isteri.. Kadangkala kaum isteri terasa diri di himpit dengan pelbagai maslah yang perlu diselesaikan dalam sesuatu masa..tidak bagi suami yang hanya memikirkan hanya satu masalah sahaja. jiwa isteri sentiasa memberontak tetapi tidak diluahkan kerana "SAYANG" Apabila ianya tidak mampu di bicarakan, maka bila terjadi sesuatu perkara yang mendatangkan masalah, maka timbullah segala-galanya termasuklah perkara yang dah berlalu 10 yang lalu... itulah namanya Isteri...

ermmm ada sesapa yang setuju tak? sekadar pandangan dan juga senario masa kini, termasuklah keadaan di sekeliling kita.....

senyumlah seperti mr. bean neh... supaya x stress keje..hehheheh

Isnin, 2 April 2012

Selamat menyambut Hari Penguatkuasa yang ke 40 tahun

www.tips-fb.com

Salam u all.... just nak share...
kepada semua anggota penguatkuasa KPDNKK yang berada di seluruh Malaysia... di ucapkan Selamat menyambut Hari Penguatkuasa yang ke 40 tahun pada 17 April 2012... pelbagai program telah dan akan dilaksanakan diantaranya:

1. Kinabalu Quest 40 - telah dilaksanakan pada 20 Mac 2012 (En Zubir Hamsa)
Pendakian ke Gunung Kinabalu.
Tahniah kepada semua yang berjaya mendaki!!!!!. Bendera kita telah berkibar tinggi di sana!!!

2. Penerbitan Buku Memoir - (En Halim Pakri) -

3. Brisk Walking - 14 April 2012 - acara kemuncak - (En Saiful Bahri).
Ha..ni acara berjalan kaki sambil menikmati keindahan flora di Putrajaya...
Datang beramai-ramai dengan Pakaian sukan tema warna putih sahaja/track suit warna gelap..
datang biar riuh satu Putrajaya...!!!!! Bawa keluarga bersama!!!!
Yang pasti.!!!!..ada hadiah menarik /Cabutan bertuah menanti yang hadir!!!!!..

4. Ziarah Keluarga Teman - on going ( KPPM - En Rus Bakar)
Program Penguatkuasa Bersamamu - Menziarahi keluarga warga penguatkuasa yang telah meninggal dunia di
dalam tempoh perkhidmatan bagi memperingati/tanya khabar dan membantu meringankan beban keluarga waris.
Aktiviti diperingkat negeri akan diterajui oleh KPPM negeri.

Acara Kemuncak!!!!!!!!!!!!!

5. Perhimpunan Bahagian Penguatkuasa - 16 April 2012 @ 8.00 pagi ( Tn Hj Rabani bin Haji Soyan) .
Semua pegawai penguatkuasa berbagai gred berkumpul di Dewan Serbaguna, Aras G

DRESS CODE: Seluar/kain berwarna hitam/gelap dan baju putih / cerah.
Tali leher berwarna merah dan VEST PENGUATKUASA

6. Majlis Tahlil - 16 April 2012 @ 6.00 ptg ( Tn Hj Halim Rejab)
Diadakan di Aras 3, Bilik Seraya. Solat maghrib, tazkirah ,solat Isya' dan jamuan makan malam.

7. Persidangan 1 Penguatkuasaan - 17 April 2012 @ 8.30 pagi ( Tn Rosik)
Diadakan di Dewan Sri Siantan Presint 3 Putrajaya.

8. Majlis Makan Malam Ulang Tahun - 17 April 2012 @ 7.45 mlm ( Puan Sapiah)
Semua warga Penguatkuasa dijemput hadir.

WOW!!!... tgkla betapa hebatnya Penguatkuasa kini... harapan semoga penguatkuasa masih relevan hingga masa akan datang bagi menguatkuasakan undang-undang yang dikuatkuasakan....
Insyaallah.....


HIDUP PENGUATKUASA

Ahad, 1 April 2012

seronok vs tak seronok

www.tips-fb.com

salam u all... sempat lagi nak update blog padahal kol 3 pagi baru sampai rumah.. dari grik weh..jauh tu... well just nak say hi pagi2 ahad neh... cik abe tgh nak bersiap nak pi sekolah... al maklumlah dr kecik soh belajar x mau..la neh dah besaq2 baru nak pi...seb baik hujung tahun neh habis..klu x sian kat anak2...weekend jew dok umah...abah xdew nk bwk pi jalan2....ermm aku?entahlah...niat kat hati mmg nak sambung belajar... tapi keadaan tu yang akan menentukan segalanya... en suami soh servey kat UKM..ingat nak wat full time... at least weekend x kacau family day... rugi rasanya klu di buang time tuh...kursus?apa yg mudah,menarik untuk belajr n kurang kos?kerja skrg pasal penguatkuasaan..apa yg relevennya kerja sekarang ngan kursus yang nak di ambil...strategi kene pasang... ermmmm blur.....tgkla...keadaan kewangan jika mengizinkan, insyaallah akan ku sambung belajar x kiralah bila masanya..bila dah tua?ermm maybe kot.....

Khamis, 29 Mac 2012

stresskah aku?

www.tips-fb.com

Salam semua..
tak tahu kenapa dalam minggu nie agak stress dengan keje... minggu sebelum neh pun stress jugak sebab taska ank tutup kerana HFMD tuh.. jadi lebih seminggu tak datang keje kene kuarentin duduk rumah jaga si adelia yg dah terkena wabak tuh... so far dah 4 kali taska tutup kerana tuh...untuk tahun nie baru sekali... so naik keje for sure keje melambak... nak di jadikan cerita minggu naik keje lepas cuti pulak ada meeting AGM PUSPANITA. so dah tentu kite sibuk nak uruskan program taska still tutup..n bawak si adelia duduk opis lagi. jadi mmg x terkejar ngan sume benda...ngan bos nak macam2 keje kene siap... rasa high level dah stress ni... akhirnya pada hari jumaat ptg.. ia memuntahkan segala stress yang ada... nak di jadikan sebab stress tu kuar...apabila bos minta keje yang kite mmg x buat...jadi apa lagi meletusla segala sume ibarat gunumg berapi yang menunggu masa untuk mengeluarkan larvanya... after that barulah lega... so hari isnin dtg keje mcm biasa... n cakap dengan bos pun mcm biasa seperti tiada apa yang berlaku.... Moral of the story... jangan di pendamkan sume masalah... kene keluarkan dengan apa cara sekali pun......

Ahad, 1 Januari 2012

tahun baru 2012

www.tips-fb.com


Salam..sebelum terlewat untuk wish selamat tahun baru.. so apa azam korang?aku?ermmmmm nak kata nak kerja rajin2 takut tak buat... hahha what ever pun aku nak berusaha dengan lebih gigih dalam apa jua bidang yang aku ceburi....hahahha seronok rasanya bile nak masuk tahun baru... kite tak tahu apa akan berlaku di masa akan datang..cuma harapan tuh macam2 nak buat..hopefully aku dapat menempuhi dengan jayanya...dan apa yang aku lakukan demi keluarga dan anak-anak di redhai oleh Allah S.W.T.. insyallah....

hobi baru

www.tips-fb.com

hari Sabtu yang lalu my untie datang rumah.. singgah solat Zohor selepas gie kenduri dekat2 rumah.. so hidangkan air kopi 343 from muar... my untie terkejut bile aku hidangkan guna teko lama mak... untie kata tu antik zaman dulu-dulu jew.. so suprise...masih elok...so dia pesan bolelah kumpulkan if adalagi pinggan antik dan seadanya.. minggu lepas balik kg Grik...en Suami selongkar Almari mak dia... so jumpalah pinggan lama tuh... dok search2 rupanya bunga tuh adalah bunga kangkung... seronokla dia..kami amik 1 dozen pinggan tuh.. ermm minggu neh pula balik melaka... selongkar almari mak aku pulak..hahhaha jumpa dah teko lama.. ayah kata teko tuh zaman 50an... wah apalagi aku postla kat laman muka buku..hahhaha...ni dia teko yang amik kat melaka. click teko